2013 merupakan
tahun pertama ustazah bertugas sebagai
Penolong Pengarah Operasi Pendidikan Islam (Teras), di Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Dan
disebabkan prestasi matapelajaran
Pendidikan Islam sejak 4 tahun yang lalu
tidak konsisten, ustazah diamanahkan untuk menjaga portfolio yang
berkaitan. Ini merupakan satu amanah yang agak berat.
Misi pertama
yang akan dijalankan ialah mengadakan pertemuan dengan semua ketua Panitia
Daerah. Sebelum turun ke gelanggang
mesyuarat , ustazah bersedia dengan data prestasi setiap sekolah dalam peperiksaan akhir tahun dan keputusan semasa Penilaian
Menengah Rendah (PMR) . Ustazah
maklum, sesi diskusi bersama dengan ketua Panitia di sekolah akan menjadi satu
tekanan kepada ketua Panitia sekolah kerana mereka terpaksa menjawab sebab kenapa
berlaku kemerosotan di peringkat sekolah yang telah memberi impak kepada keputusan di daerah dan juga di
negeri.
[ Sesi Mesyuarat bermula dengan memberikan sepatah dua kata , sebagai
menyampaikan misi Sektor Pendidikan Islam ]
“Alhamdulillah, Ustazah seronok
kerana di beri peluang untuk bertemu
mata dengan para hulubalang dan serikandi
di daerah X . Ustazah suka kerana hulubalang perkasa dan serikandi di daerah
ini dapat menghadirkan diri di atas
tujuan yang sama iaitu mencari
penyelesaian kepada penyakit yang ada di sekolah kita. Inilah tenaga perkasa
yang akan memastikan anak didik kita mencapai kejayaan yang besar dalam
peperiksaan nanti Semoga Allah akan
memberi pahala di atas usaha dan jihad kita.
{
Tiba-tiba ada guru lelaki menyampuk di
bahagian belakang. Mereka gelak sesama
sendiri barangkali , rentetan dari ungkapan yang ustazah gunakan iaitu para
hulubalang dan serikandi}
Ustazah tetap meneruskan ucapan
aluan ,menyampaikan misi dan visi Jabatan.
Membuat penegasan kepada target yang harus di capai oleh oleh pihak
sekolah dari aspek Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP) di peringkat PMR iaitu
2.25 dan SPM iaitu 3.78.
{
Masih kedengaran suara yang menyampuk}
Ustazah
terdiam dan memandang sekeliling
sambil tersenyum dan berkata.
“Alhamdulillah, ustazah gembira
kerana ada dalam kalangan guru tidak sabar-sabar untuk memberikan idea, ustazah
pasti diskusi kita akan meriah dengan pelbagai idea yang mantap. Ustazah mohon sabarlah untuk seketika, kerana
pastinya selepas ini ustazah akan bagi peluang semua ketua Panitia bercakap
untuk memaklumkan setiap penyakit ( masalah murid) di setiap sekolah.”
Selesai sesi ucapan. Sesi diskusi dan
penyelesaian masalah di
bincangkan untuk mengatasi isu-isu pendidikan di sekolah masing-masing.
Di akhir setiap cadangan guru ustazah mempamerkan sifat positif
dengan berkata:
“Alhamdulillah, ustazah
kagum. Nampaknya guru-guru di sekolah telah merancang pelbagai idea untuk
memantapkan prestasi Pendidikan
Islam. Pasti Allah akan memberikan
ganjaran kepada guru-guru yang tidak jemu berusaha. Tahniah untuk guru-guru yang tidak jemu berusaha”
Wah!!.Itu idea yang amat
baik. Ustazah kagum dengan teknik yang di gunakan . Sedikit sebanyak teknik tersebut akan
mendorong pelajar-pelajar bersemangat untuk belajar Pendidikan islam.
30 markah untuk idea yang sangat sempurna. “
Bagus!!..Cadangan yang amat baik.
Kolaborasi yang mantap . Kerjasama
dengan guru-guru Pendidikan islam dalam kalangan sekolah sekitar adalah
idea yang bernas. Tahniah untuk perancangan yang sistematik itu.
Nampaknya apabila setiap cadangan di terima dan di dorong
secara sihat, mereka berlumba –lumba
untuk memberi idea sesama mereka.
Akhirnya ustazah memberi peluang kepada guru
yang banyak menyampuk dan mencelah bercakap dan mengutarakan idea dan
pendapat. Disini ustazah mengaplikasikan
teknik menutup mata pada kesalahan.
“ Bagus idea yang baik. Ustazah
kagum dengan idea kreatif yang
diberikan. Kita hanya ada seorang guru seumpama ini,
Daerah X ini akan bertuah sekiranya
mempunyai 10 orang guru yang mempunyai idea
kreatif seumpama ini.
Di akhir sesi mesyuarat. Ustazah
memberi peluang untuk “ round table”
Guru yang banyak menyampuk berkata: “ Saya merasa seronok dapat mengenali Puan
Irni. Saya jemput Puan irni datang ke
sekolah mengadakan program bila-bila masa dan saya sedia memberikan kerjasama”
Ustazah sekadar tersenyum.
Gembira kerana berjaya mengawal sabar dan
meneruskan usaha mendorong guru-guru dengan Teknik Nabi. Sememangnya Teknik Nabi ini membantu ustazah bersikap positif dalam
menjalankan tugas. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment